Labels

Wednesday, 25 October 2017

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER 2017

Lawatan Penanda aras PSS SMKTinggi Bukit Mertajam ke PSS SMK Taman Hi-Tech

TARIKH: 25 OKTOBER 2017

OBJEKTIF:
i.     Mempelajari cara pengurusan berkesan PSS.

ii.    Mengambil contoh cara-cara dalam menceriakan PSS.

iii.   Mendapatkan maklumat berkaitan dalam menguruskan PSS.

MATLAMAT:
i.     Memperkaya pengetahuan dan pengalaman guru-guru tentang pengurusan PSS. 
ii.    Membantu meningkatkan mutu perkhidmatan PSS melalui perkongsian idea bagi 
       mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.

Lawatan penanda aras ini telah disertai oleh seramai 6 orang guru pusat sumber, seorang
pentadbir iaitu penolong kanan pentadbiran dan seorang juruteknik.  Lawatan ini
bertujuan untuk mendapat maklumat tentang penyediaan fail, penerangan tentang aspek-
aspek yang dinilai, perkongsian idea dan melawat PSS serta bilik-bilik khas sebagai
persediaan untuk menyertai pertandingan pusat sumber cemerlang pada tahun-tahun akan
datang.

Penglibatan: Guru PSS, Pentadbir dan Juruteknik
Bilangan guru terlibat: 7 orang

Laporan disediakan oleh: Pn. Melati Bt. Sulaiman



                                       Bersama Pengetua, PKP dan Guru PSS SMKTHT
 
 

Sudut astronomi


 Sudut info Kulim Technology Park (Pusat Sumber Angkat)
 
Sudut Info KHTP
 Sudut Galeri
 Sudut Info ASEAN