Labels

Friday 31 January 2020

LAWATAN KE WAD PALIATIF HOSPITAL BUKIT MERTAJAM



Program
Lawatan ke Wad Paliatif Hospital Bukit Mertajam
Tarikh
31 Januari 2020 ( Jumaat )
Tempat
Wad Paliatif Hospital Bukit Mertajam
Penglibatan / Sasaran
Ahli kumpulan, guru penasihat bersama seorang ketua jururawat dan penolong ketua jururawat serta pesakit di wad paliatif.
Objektif
1.Meluangkan masa dengan pesakit wad paliatif.
2.Menggembirakan pesakit wad paliatif dengan memberi cenderahati.
3.Mengukuhkan hubungan antara ahli kumpulan yang mengadakan Program Lawatan ke Wad Paliatif Hospital Bukit Mertajam.
Perlaksanaan/
Pengisian
1. Aktiviti yang dijalankan adalah untuk melawat pesakit Wad Paliatif di Hospital Bukit Mertajam.
2. Mendapat keterangan lebih terperinci yang diberikan oleh ketua. jururawat tentang wad paliatif dan keadaan pesakit yang dirawat di wad tersebut.
Impak/
Refleksi/
Maklumbalas
Melalui lawatan tersebut, ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah akan dapat :
1. Mengenali tentang Unit Wad Paliatif Hospital Bukit Mertajam.
2. Mempelajari cara untuk melayan pesakit Wad Paliatif dengan sabar dan sopan.
3. Mempelajari sedikit sebanyak tentang rawatan yang diberikan kepada pesakit di wad tersebut.



Gambar Lawatan ke Wad Paliatif Hospital Bukit Mertajam.


Beg cenderahati yang diberikan mengandungi air minuman isotonik 100 plus, biskut cracker oat, milo 3 in 1 dan nestum
Cenderahati dibahagikan kepada 10 bag kecil yang disediakan oleh ahli jawatankuasa cenderahati
Ketua Jururawat memberi keterangan tentang wad paliatif, pesakit dan penyakit yang dihadapi oleh mereka di bilik sidang
Keterangan dilanjutkan di hadapan kaunter wad mengenai carta organisasi jururawat dan doktor yang bertugas di dalam wad paliatif
Waris pesakit berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai penyakit yang dihidapi oleh ahli keluarga mereka
Penolong jururawat memberi keterangan tentang rawatan yang disediakan dan diberikan oleh pihak hospital kepada pesakit dari semasa ke semasa
Lawatan di dalam wad diadakan bersama Ketua Jururawat dan Penolong Jururawat
Cenderahati diagihkan oleh ahli kumpulan kepada pesakit-pesakit di dalam wad paliatif
Pesakit berkongsi pengalaman dan penyakit yang dihadapi olehnya kepada pelajar
Gambar ahli dan guru penasihat dihadapan wad paliatif bersama Ketua Jururawat, Penolong Jururawat dan jururawat yang bertugas

Laporan bergambar disediakan oleh:
Pn Yeap Lay Khuan
Guru Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah
Tingkatan 6
SMK Tinggi Bukit Mertajam