Labels

Friday 1 June 2018

MAJLIS PERSARAAN EN. JUHARI BIN AHMAD, PENGETUA HSBM




BIL

PERKARA

MAKLUMAT
1
Tajuk
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi
2
Objektif
i.          Mendidik pelajar agar menghargai jasa guru yang telah banyak berjasa kepada sekolah.
ii.         Majlis ini diadakan bagi menjadi satu kenangan indah kepada yang diraikan  

Matlamat

i.                 Mewujudkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan guru
4
Tarikh
31 Mei 2018
5
Tempat
i.   Dataran Pavilion HSBM
ii. Dewan Abdullah Badawi
 
6























Maklumat Program
Majlis diadakan bagi meraikan persaraan En. Juhari bin Ahmad.  Majlis dimulakan di Dataran Pavilion dengan perarakan masuk tuan pengetua diiringi oleh pasukan kompang sekolah.  Seterusnya dikuti pula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Pulau Pinang dan lagu sekolah ‘School by the Bukit’.  Kemudian diikuti oleh bacaan doa oleh wakil pelajar.  Majlis diteruskan dengan ucapan wakil PIBG dan bacaan biodata pengetua.  Selepas itu, diikuti pula oleh ucapan pengetua.  Majlis diteruskan dengan satu acara simbolik dan persembahan daripada guru dan pelajar. Seterusnya upacara penyampaian  cenderahati kepada yang diraikan.  Majlis di Dataran Pavilion diakhiri dengan upacara bersalaman antara guru-guru dengan yang diraikan. 

Majlis seterusnya telah di adakan di Dewan Abdullah Badawi. 
Upacara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita.  Kemudian diikuti pula oleh ucapan alu-aluan pengacara majlis dan bacaan doa. Seterusnya para hadirin telah disajikan dengan persembahan multimedia.  Selepas itu, diikuti pula ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, ucapan wakil PIBG, Ucapan wakil PPD dan JPN dan seterusnya ucapan yang diraikan iaitu tuan pengetua En. Juhari bin Ahmad. Majlis di Dewan Abdullah Badawi diakhiri dengan penyampaian cenderahati.

Majlis Lambaian Kasih diakhiri dengan perarakan keluar tuan pengetua diiringi oleh semua guru dan pelajar serta para tetamu jemputan.
7
Penglibatan
Semua guru dan pelajar

8
Rumusan
Program telah berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancer

9
Pemantau Program
Penolong Kanan Pentadbiran


Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi En. Juhari Bin Ahmad

Tuan Pengetua diarak oleh pasukan kompang dan bunga manggar

Ketibaan Tuan Pengetua di pentas utama di pavillion

Antara barisan tetamu jemputan yang hadir dalam majlis persaraan Tuan Pengetua

Menghormati Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Kita dan Lagu Sekolah buat kali terakhir

Bacaan doa oleh pelajar

Bekas pelajar membacakan biodata Tuan Pengetua

Amanat terakhir  Tuan Pengetua kepada guru dan pelajar
Ucapan daripada tetamu jemputan, guru dan wakil pelajar


Simbol kebebasan


Antara persembahan pelajar khas untuk Tuan Pengetua






Penyampaian cenderahati kenang-kenangan  untuk Tuan Pengetua

Guru-guru bersalaman dan memberikan kata-kata akhir untuk Tuan Pengetua















































Laporan bergambar disediakan oleh:
Pn. Melati Binti Sulaiman










Kredit Video: Cik Norliza Dali




No comments:

Post a Comment