Labels

Wednesday 27 March 2019

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK MATEMATIK M STPM 2019



KLINIK MATEMATIK M STPM 2019
TARIKH                                :   26 Mac 2019 (Selasa)
MASA                                   :   11.00  pagi – 3.30 petang
TEMPAT                                :   Kelas PAUPM
GURU PEMBIMBING         :   Pn. Teh Meow Lee

PENYERTAAN PELAJAR
·         13 orang pelajar – Kelas PAUPM

AKTIVITI:
·     * Guru memberi taklimat tentang teknik menjawab soalan kertas 2 Matematik M STPM.
·    * Pelajar menjawab soalan-soalan latihan Matematik Semester 2 dengan dibimbing oleh guru /              fasilitator.



Laporan bergambar disediakan oleh:
Pn. Teh Meow Lee
Ketua Unit Matematik M Tingkatan 6

Tuesday 26 March 2019

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KOPERASI SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM BERHAD KE LANGKAWI, KEDAH



LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KOPERASI SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM BERHAD KE LANGKAWI, KEDAH

1.    Tajuk Program            : Lawatan Sambil Belajar

2.    Tarikh Program           : 23 Mac 2019 hingga 25 Mac 2019

3.    Tempat Lawatan         : Langkawi, Kedah

4.    Anjuran                        : Koperasi SMK Tinggi Bukit Mertajam Berhad

5.    Tujuan                         : Menghargai Guru-guru Koperasi dan ALK Koperasi atas        
                                      kejayaan menguruskan koperasi 2018.

6.    Objektif                       : i)  Menambahkan idea baru kepada ahli koperasi untuk
      memajukan koperasi sekolah.
  ii) Memupuk semangat kerjasama sesama ahli.
 iii) Memupuk nilai  menghargai dan mencintai negara.

7.    Bilangan Murid & Guru: 19 orang pelajar dan 7 orang guru ( 26 orang )

8.    Laporan Aktiviti Sepanjang Program:


Tarikh/Hari
Aktiviti
23 Mac 2019
(Sabtu)
Pelajar dan guru dibawa melawat Nusantara Gamat, Galeri Batik, Kilang T-Shirt Langkawi, Upside Down House dan Makam Mahsuri. Tempat-tempat ini menarik minat pelajar untuk mengetahui tentang kelebihan Langkawi dari segi hasil bumi serta sejarahnya.

Pada waktu malam, pelajar dan guru diraikan dalam majlis makan malam berbentuk barbeque
24 Mac 2019
(Ahad)
Pelajar dan guru dibawa melawat Galeria Perdana dan mereka berpeluang melihat hampir 2000 koleksi hadiah dan cenderamata yang diterima oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Ahli rombongan juga dibawa melawat Langkawi  Wildlife Park untuk melihat haiwan yang unik serta berkesempatan untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut.

Selain itu, ahli rombongan juga dibawa melawat ke Dataran Lang iaitu mercu tanda utama di Langkawi. Kemudian, mereka di bawa ke Pekan Kuah untuk mendapatkan produk-produk menarik yang terdapat di Langkawi seperti coklat, pakaian, beg, cenderamata dan lain-lain.

Ahli rombongan juga dibawa ke Pasar Malam Padang Mat Sirat untuk menikmati menu istimewa di sana
25 Mac 2019
(Isnin)

Ahli rombongan bertolak balik ke SMK Tinggi Bukit Mertajam



1.    Keberkesanan Program / Kesimpulan :

Program ini telah memberikan pengalaman baru kepada pelajar dan guru serta dapat mengenali Pulau Langkawi dengan lebih dekat. Tempat-tempat yang dilawati telah memberi pengetahuan serta ilmu yang sangat menarik untuk dikongsi Bersama rakan-rakan yang lain. Selain itu, pelajar diberi pendedahan untuk menghargai khazanah negara serta sumber alam sedia ada supaya terus dipelihara untuk sama-sama dinikmati oleh generasi yang akan datang.


Kenangan di Langkawi Upside Down
Lawatan ke Galeria Perdana
Pengalaman pelajar memberi makan burung di Langkawi Wildlife Park
Rombongan bertolak balik ke Jeti Kuala Perlis



Laporan bergambar disediakan oleh:
Pn. Norzihana Bt. Hamzah
Setiausaha
Koperasi SMKTBM Bhd































































Sunday 24 March 2019

KEM SMART SOLAT TINGKATAN 1


Kem Smart Solat Ting 1
Tarikh: 23/3/2019 (sabtu)
Tempat: Surau Nurul Iman
Sasaran: Semua murid Islam T1
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam
Kehadiran: 70/100






Laporan bergambar disediakan oleh:
Ustazah Nor Azah Binti Ismail

Saturday 23 March 2019

PROGRAM 'JOM DUK STPM' DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH 2019



LAPORAN PENYERTAAN
SESI DIALOG ‘JOM DUK STPM’
BIL
PERKARA
1.
Nama Tajuk :
Sesi Dialog ‘Jom Duk STPM’ Daerah Seberang Perai Pulau Pinang
2.
Tarikh :
22 Mac 2019
3.
Masa :
9.00 pagi – 12.00 tengah hari
4.
Lokasi :
Dewan Kolej Tingkatan Enam Desa Murni, Pulau Pinang.
5.
Anjuran :
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
6.
Kumpulan  sasaran :
10 orang pelajar dari tingkatan 6
Kehadiran :
PAUUM (2 pelajar)
PAUTP ( 3 pelajar)
PAUMP ( 2 pelajar)
PAUMS ( 2 pelajar)
Ketidakhadiran :
PAUMS (1 pelajar)
7.
Guru terlibat/ Pengiring:
En. Leong Shean Loong
8.
Program yg dijalankan :
Dilampirkan
9.
Pemantauan Program :
Cik Gok Poh Suan (PK tingkatan 6)



Tn Hj Fauzi Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia menjawab soalan pelajar

Pelajar bergambar sebelum majlis bermula

Perasmian oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, En Abdul Rashid b. Abdul Samad


Bergambar sebelum bertolak pulang

Laporan bergambar disediakan oleh:
LEONG SHEAN LOONG
Guru Pengiring