KURSUS PEMIMPIN –
SEMINAR ‘FREE BEING ME’ DAN BENGKEL ‘ACTION ON BODY CONFIDENCE’
Tarikh : 8 – 10 Mac 2019
Lokasi : BTPN Pulau Pinang
Guru Pengiring:
1
Siti Hajar Abdullah @ Madeline Numan
2 Oh Saw Loon
Hari Pertama – 8/3/19
Dua orang pemimpin muda SMK Tinggi Bukit Mertajam yang
mewakili negeri Pulau Pinang telah menghadiri kursus di atas. Mereka ialah
Fione Chew Xin Yian dan Tan Phei Wern, pandu puteri tingkatan enam.
Mereka melaporkan diri di BTPN Pulau Pinang pada pukul 11
pagi. Selepas menjamu selera dan berehat, kursus pun bermula dengan seminar
‘Free Being Me’. Dalam slot ini, mereka diberi tunjukajar bagaimana seseorang
gadis boleh merasa selesa dengan tubuh sendiri dan mempunyai keyakinan diri
yang tinggi. Sesi sumbangsaran juga diadakan. Kesemuanya tiga sesi FBM
diadakan.
Hari Kedua – 9/3/19
Sesi FBM disambung pada hari kedua dari pukul 8 hingga 10
pagi. Kemudian bengkel ‘Action on Body Confidence’ diadakan sehingga pukul
10.30 malam. Dalam bengkel ini, mereka mengenal cara-cara merasa selesa dengan
tubuh sendiri. Pembentangan juga diadakan.
Hari Ketiga – 10/3/19
Bengkel ‘ABC’ diadakan dari pukul 8 hingga 10 pagi. Ini
diikuti dengan sesi refleksi dan upacara penutup.
Aturcara seminar
‘FBM’ dan bengkel ‘ABC’ |
Penceramah sedang memberi input |
Bertukar-tukar pendapat semasa sesi sumbangsaran |
Lencana ‘FBM’ dan ‘ABC’ |
Sesi bergambar perwakilan Pulau Pinang bersama fasilitator |
Laporan bergambar disediakan oleh:
Pn. Oh Saw Loon
No comments:
Post a Comment