Labels

Wednesday, 15 May 2019

Laporan Program Orientasi Tingkatan Enam Bawah Tahun 2019

 

PENGENALAN

Program Orientasi Pelajar Tingkatan Enam Bawah merupakan satu program yang diadakan setiap tahun.  Program ini adalah anjuran Pengurusan Tingkatan Enam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Persatuan Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam.  Pada tahun ini, program ini berlangsung selama sepuluh hari iaitu dari 2 Mei hingga 15 Mei 2019.   Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar yang baru memasuki tingkatan 6 tentang perlunya memahami pakej pembelajaran yang akan dilalui dan menyedarkan bahawa tingkatan 6 adalah salah satu  proses hala tuju pelajar ke universiti.  Antara program yang telah dijalankan ialah sesi pendaftaran pelajar baharu dan ucapan daripada pihak pentadbir .  Terdapat juga taklimat-taklimat yang disampaikan oleh Ketua-ketua Unit Tingkatan Enam iaitu taklimat kurikulum, taklimat HEM dan taklimat Kokurikulum.   Selain itu, taklimat juga disampaikan oleh guru-guru yang terlibat iaitu taklimat berkenaan mata pelajaran, disiplin,  kerja kursus, tukar jurusan, taklimat biasiswa, koperasi, asrama, pusat sumber, program nilam serta peperiksaan STPM dan MUET.  Selain daripada itu,  terdapat juga ice-breaking, hala tuju kerjaya  dan soal selidik inventori minat kerjaya yang telah dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pelajar juga dilatih menyanyi lagu Sekolah dan Ikrar Sekolah. Pada tahun ini, pelajar menyambut hari guru bersama warga SMK Tinggi Bukit Mertajam di tapak perhimpunan (Pavilion). Terdapat juga program sahsiah dijalankan dalam minggu orientasi ini.  Program bersama Persatuan Tingkatan Enam mengakhiri aktiviti dalam program Orientasi Pelajar Tingkatan Enam Bawah. Walau bagaimanapun program ini akan diadakan  pada 12 Jun 2019 kerana masalah kekangan masa. Pada tahun ini terdapat 3 slot tambahan iaitu slot bersama bekas pelajar alumni, slot bersama YDP PIBG dan slot bersama panitia.  Pemilihan pakej juga telah dilakukan semasa program berlangsung dan telah berjalan dengan lancar.  Pelajar diberi masa untuk membuat pemilihan pakej.  Terdapat lapan pakej yang ditawarkan iaitu dua pakej dari aliran sains dan enam pakej  bagi aliran sains sosial. 

 

OBJEKTIF

  • a)      Memberi pendedahan mengenai budaya sekolah
  • b)      Memberi keyakinan dan semangat pelajar untuk terus belajar
  • c)      Pengenalan subjek STPM dan pakej yang ditawarkan
  • d)      Membina sikap positif para pelajar ke arah transformasi pendidikan tingkatan 6

 

MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah mengenali budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta melahirkan individu yang berdisiplin, bekerjasama, mempunyai daya kepimpinan dan berkeyakinan diri serta bertanggungjawab kepada rakan sebaya, guru-guru dan sekolah.  

 

8 & 9 MEI 2019  - PROGRAM BERSAMA PANITIA







10 MEI 2019

 SESI BERSAMA YDP PIBG DAN ALUMNI HSBM







RAKAMAN AKTIVITI SEKITAR PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 6 BAWAH SESI 2019/2020

2MEI 2019  - PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 6 BAWAH SESI 2019/2020



3 MEI 2019 – TAKLIMAT PELAJAR TINGKATAN 6 BAWAH



6 & 7 MEI 2019

PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH / MOTIVASI



TAKLIMAT MATA PELAJARAN


13 & 14 MEI 2019  - PROGRAM BERSAMA PANITIA









15 MEI 2019 – MAJLIS PENUTUP PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 6 BAWAH SESI 2019/2020



PENUTUP

Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa Program Orientasi Tingkatan Enam Bawah bagi sesi 2019/2020 telah berjalan lancar dan sangat berjaya kerana dapat membantu pelajar dalam banyak perkara.  Pelajar mendapat maklumat baru secara terus daripada kaunselor, Guru Penolong Kanan, Ketua Unit dan guru-guru mata pelajaran.

Para pelajar dan para guru yang terlibat dalam program ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan kerjasama yang baik dalam menjayakan program orientasi pada tahun ini.  Masing-masing telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan komitmen yang jitu. Tiada sebarang situasi yang tidak diingini berlaku di sepanjang program dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung maupun tidak langsung dalam menjayakan program orientasi pada tahun ini dengan   jayanya. Semoga program dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan lebih sempurna pada tahun akan datang.

 

Laporan bergambar disediakan oleh:

Pn. Melati Bt. Sulaiman

Pn. Oh Saw Loon

Pn. Aida Maswani Bt. Md. Yusop

Pn. Rohaiza Bt. Hashim

Cik Norliza Bt. Dali

 

No comments:

Post a Comment