Labels

Tuesday 18 June 2019

TAKLIMAT KERJA KURSUS ICT SEMESTER 1 TAHUN 2019


PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK  ICT TINGKATAN 6
LAPORAN TAKLIMAT KERJA KURSUS ICT  SEMESTER 1 TAHUN 2019
TARIKH                                 :   17/6/2019 (Isnin)
MASA                                    :   1.20-2.40 petang
TEMPAT                                :   Bilik Komputer Tingkatan 6
FASILITATOR                        :   Pn. Rohana Che Aman
PENYERTAAN PELAJAR
·         15 orang pelajar – PBUSM (elektif ICT)
KEHADIRAN PELAJAR :15/15 orang pelajar
AKTIVITI:
-   Guru memberi taklimat tentang keperluan kerja kursus semester 1 iaitu kerja kursus Multimedia. Pelajar diberi soalan kerja kursus 2020 Semester 1 dan perincian kaedah menghasilkan projek yang betul diberi kepada para pelajar.  Terdapat 4 soalan diberikan dan para pelajar mestilah menjawab hanya satu soalan sahaja.  Walaubagaimanapun semua pelajar didedahkan dengan contoh jawapan semua soalan yang diberikan.  Pelajar dikehendaki menggunakan perisian Ms Word untuk menyediakan laporan dan menggunakan  sebarang perisian yang boleh menghasilkan video yang mereka ada dalam laptop masing-masing dan boleh download perisian daripada Internet.  Contoh perisian video yang boleh digunakan ialah VideoPad, Filmora dan Movie Maker.
-        Peruntukan masa kerja kursus semester 1 adalah dari 17/6/2019 hingga 30/8/2019.
-     Guru akan menyemak laporan pelajar secara berkala dari A1 hingga A6 dan dokumentasi lengkap.
-    Pembetulan perlu dilakukan oleh para pelajar sekiranya terdapat kesilapan penyediaan projek atau kerja kursus.
-       Di akhir projek mereka mestilah menyalin perisian sistem yang telah pelajar siapkan beserta laporan ke dalam sekeping DVD-R 4.7GB.
-   Pelajar juga perlu sediakan 1 set laporan bergambar untuk perisian video yang telah disiapkan.






Laporan bergambar disediakan oleh:
Pn. Rohana Binti Che Aman

No comments:

Post a Comment