LAPORAN SUKANTARA PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN
2022
TARIKH : 28 DAN 29 JUN 2022
MASA : 3.30 – 6.00 PETANG
TEMPAT : JACOB’S GREEN HSBM
LAPORAN RINGKAS
Acara Sukantara ini disertai oleh semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Mereke mewakili rumah sukan masing-masing iaitu Tun Salleh (Oren), Cheeseman (Merah), Colin King (Biru), Stowell (Kuning), dan Soon Eng Kong (Hijau). Acara Sukantara pada tahun ini dilaksanakan selama dua hari di mana pada hari pertama, semua pelajar lelaki yang akan terlibat, manakala pada hari kedua semua pelajar perempuan pula yang terlibat. Acara Sukantara ini bermula jam 3.30 petang di mana semua guru yang bertugas dan pelajar berkumpul di Jacob’s Green HSBM untuk sesi pendaftaran yang dikendalikan oleh guru rumah sukan masing-masing. Pada jam 4:00 petang, pelajar-pelajar melakukan aktiviti memanaskan badan. Setiap pelajar dikehendaki melaksanakan 3 acara sukan iaitu acara lari 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh. Sekiranya pelajar melepasi tahap yang ditetapkan, 1 mata akan disumbangkan kepada rumah sukan masing-masing. Pn Hani Shafriza turut turun padang memberikan semangat dan galakan kepada para pelajar. Keseluruhan perjalanan bagi ketiga-tiga acara tersebut berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi sistem giliran yang telah ditetapkan. Kerjasama daripada semua guru dan para pelajar sangat baik dan seterusnya membantu melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan. Acara Sukantara ini tamat pada jam 6:00 petang.
Pelajar-pelajar lelaki dalam acara lompat jauh. |
Pelajar-pelajar lelaki dalam acara 100 meter. |
Pelajar-pelajar lelaki dalam acara melontar peluru. |
Pelajar – pelajar sedang membuat aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan acara. |
Acara melontar peluru oleh pelajar perempuan. |
Pelajar perempuan dalam acara 100 meter. |
PBSM sedang merawat pelajar yang cedera. |
Guru-guru yang bertugas sebagai pegawai dalam acara lontar peluru. |
Laporan bergambar disediakan oleh:
PN. HASIMAH BINTI WAN
No comments:
Post a Comment