Labels

Thursday 18 August 2022

MAJLIS APRESIASI PENYAMPAIAN SIJIL KEPUTUSAN STPM TAHUN 2021

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Tahun 2021 telah di umumkan pada 18 Ogos 2022.

Seramai 159 calon telah menduduki STPM tahun lepas. Seramai 158 calon telah lulus sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran yang diambil dengan Peratus Lulus ialah 99.37%Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 2.86 iaitu meningkat sebanyak 0.04 mata berbanding tahun 2020 (2.82).

Sebanyak 8 mata pelajaran menunjukkan peningkatan Purata Nilai Gred Mata Pelajaran (PNGMP) berbanding 7 matapelajaran pada tahun 2020 iaitu mata pelajaran Pengetahuan Am, Biology, ICT, Ekonomi, P.Perniagaan, B.Melayu, Perakaunan dan Mathematics-M. Manakala 6 mata pelajaran lain mengalami penurunan nilai PNGMP.

Seramai 16 orang calon telah memperolehi semua Gred A (A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 13 orang calon pada tahun 2020 




































 

Terdapat 6 orang calon yang memperolehi semua A (PNGK 4.0) dalam peperiksaan tahun ini. Pelajar tersebut ialah:

JANICE LIM XIN YI (6PAUSM)

TAN YING ER (6PAUSM)

NG SHU LUAN (6PAUPM)

SAMANTHA TAY CAI YING (6PAUTM)

NURUL ANIS SYAFIQAH BINTI MOHD AZMI (6PAUIA)

YEW JIN SHENG (6PAUMS)

 

Kredit: Portal Rasmi High School Bukit Mertajam http://www.hsbm.edu.my

Kredit gambar:  Ms Oh Saw Loon
                            Ms Norliza Dali


 

 


No comments:

Post a Comment