Labels

Sunday 21 January 2018

HSBM 91st FOUNDER'S DAY CELEBRATION (1927-2018)

Date: 18/1/2018
Event: HSBM 91st Anniversary (1927-2018)
Guest of Honour: Dato' Haji Abd Aziz Bin Haji Ariffin (HSBM alumnus (1963-1967))


The VVIPs (third from left- Dato' Hj. Abd Aziz Bin Hj. Ariffin, Mr Juhari Bin Ahmad (HSBM Principal) ,Mr Azhar Amanullah Bin Hj. Ariffin (HSBM Senior Assistant of Administration )

Recitation of the school statement by one of the prefects

Recitation of the school statement by students 





Speech by Mr Juhari Bin Ahmad (HSBM Principal)


Speech by Dato' Haji Abd Aziz Bin Haji Ariffin






HSBM 91st Anniversary cake

"Let's cut the cake" : )










Souvenir for the guest of honour






Dato' Haji Abd Aziz spending some time meeting and chatting with the students







Profail Dato' Haji Abd Aziz Bin Haji Ariffin


Telah dilahirkan di Hospital Kulim, Kedah pada 28 November 1949. Bapanya Ariffin Bin Shariff ketika itu seorang konstabel yang berkhidmat dengan Polis Persekutuan dan ibunya seorang suri rumah. Pada tahun 1956 beliau telah mengikuti pendidikan Darjah 1 di Sekolah Umum Tanah Liat, Bukit Mertajam sehingga Darjah 4. Beliau telah menduduki peperiksaan Special Malay Class (SMC) Entrance Examination pada tahun 1959. Beliau telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan biasiswa Federal Minor Scholarship dan ditawar untuk mengikuti Special Malay One di Stowell School di awal tahun 1960, Special Malay Two pada tahun 1961 dan 1962. Beliau telah menduduki dan lulus peperiksaan Darjah 6 sewaktu di Stowell School. Seterusnya beliau meneruskan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Bukit Mertajam High School (1963-1967) dan lulus OSC dan FMC pada tahun 1967.
Beliau telah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan.


Pencapaian Sewaktu Di High School Bukit Mertajam:

Senior Prefect
Scout Troop Leader


Kecemerlangan Sukan

* Olahraga
- Mewakili Negeri Pulau Pinang dalam Kejohanan Olahraga Kebangsaan MAAU 1967 di Alor Star dalam 400 meter lompat pagar dan 4x400 meter.
- Mewakili Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang dalam kejohanan olahraga Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Stadium Merdeka Kuala Lumpur dalam acara 400 meter, 400 meter lompat pagar dan 4x400 meter.

*Lain-lain Sukan:
- Mewakili sekolah dalam sukan olahraga, bola sepak, hoki, ragbi, X-country dan Sepak Raga Jaring.
- Juara boxing kategori Heavyweight 1967.

KERJAYA:
- Dilantik sebagai Inspektor Percubaan (Polis) pada 1 Julai 1968. 
- Berkhidmat dengan Polis Di Raja Malaysia selama 37 tahun 4 bulan dan 27 hari.
- Pangkat tertinggi -Assistant Commissioner of Police dan jawatan terakhir sebelum bersara pada 27 November 2005 ialah Assistant Director of Management.


Pernah menjawat jawatan Ketua Polis Daerah:

  • Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Pahang (1978-1983)
  • Ketua Polis Daerah Pekan Pahang (1983-1985)
  • Ketua Polis Daerah Bentong (1985-1987)
  • Ketua Polis Daerah Port Dickson (1991-1992)
  • Ketua Polis Daerah Kluang Johor (1998-2001)

Jawatan Selepas Bersara:

  •  Managing Director Gala Distinction Sdn Bhd
  • Head of Department, Professional and Continuing Education (PACE) in Security Management at Saito College, Petaling Jaya
  • Group Head of Security, Malaysia Land (MAYLAND) Properties Sdn Bhd
  • Ketua Pegawai Eksekutif Edukop Services Sdn Bhd

KELULUSAN AKADEMIK

Universiti Kebangsaan Malaysia
- Master in Business Administration (MBA)                                 1995-1996
- Diploma in Police Sciences (DPS)                                                 1990-1991

Royal Melbourne Institute of Technology University (RMIT)
-Bachelor of Business in Business Administration (BBA)            1992-1994

Malaysian Institute of Management (MIM)
-Diploma in Management                                                                1988-1990

Malaysian Institute of Personnel Management (MIPM)
-Certificate in Personnel Management                                           1990

Indonesian Police Staff College Lembang Bandung, Jawa Barat Republic of Indonesia
- Passed Staff College (psc)                                                              1987-1988


KERJA-KERJA SUKARELAWAN

  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia
  • Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT

  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Dato' oleh DYMM Sultan Pahang (2016)
  • Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) oleh DYMM Sultan (2002)
  • Pahlawan Pasukan Polis (PPP) oleh DYMM Yang DiPertuan Agong (1997)
  • Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) oleh DYMM Sultan (1985)
  • Ahli Mahkota Pahang (AMP) oleh DYMM Sultan (1983)
  • Bentara Setia Diraja (BSD) oleh DYMM Yang DiPertuan Agong (1983)
  • Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Yang DiPertuan Agong (1978)
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh DYMM Sultan Pahang (1978)   

Gambar oleh: Cik Norliza Dali
Disediakan oleh: Cik Maria Liza Latiff
 


TARIKH: 20 JANUARI 2018
TEMPAT: HOTEL FEDERAL KUALA LUMPUR

OBJEKTIF:

i.                     Meraikan ulang tahun penubuhan SMK Tinggi Bukit Mertajam.

ii.                   Merapatkan hubungan antara bekas pelajar dengan warga SMK Tinggi Bukit    

              Mertajam.



MATLAMAT:

1. Mengingati dan menyayangi sekolah.

2. Menyemai semangat sayangkan sekolah dalam kalangan pelajar.

Penglibatan: guru, bekas pelajar, pelajar
Bilangan guru & pelajar terlibat: 

30 orang guru dan AJK PIBG serta 10 orang pelajar (Program di Hotel Federal Kuala Lumpur)


Wajah ceria warga HSBM yang menghadiri Jamuan di Hotel Federal



 Bergambar kenangan


Laporan bergambar oleh: Pn. Melati Bt. Sulaiman

No comments:

Post a Comment