Labels

Monday 22 January 2018

KARNIVAL PERTANDINGAN SOFTBALL KEBANGSAAN ZON UTARA 2018


Tarikh: 20& 21 JANUARI 2018
Tempat: JACOB'S GREEN SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

OBJEKTIF:
1.       Menambahkan lagi pengertahuan dan kecekapan pemain tentang teknik atau strategi yang terbaik dalam permainan softball.
2.       Memberi peluang kepada pemain untuk menimba lebih pengalaman dalam pertandingan
3.    Meningkatkan keyakinan diri setiap pemain supaya lebih bersedia apabila melalui setiap pertandingan

MATLAMAT: 

Matlamat pertandingan ini adalah untuk memberi pendekatan kepada pemain berkaitan peraturan dan
teknik permainan softball. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan 
fizikal dan mental para pemain. Pertandingan ini juga dapat membina keyakinan dan mengukuhkan rohani 
agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.


MAKLUMAT PROGRAM
Softball atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sejenis sukan besbol. Permaianan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago Amerika syarikat. Dalam softball, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.

Pemenang tempat pertama

Penerima cenderamata

Penerima cenderamata

Penerima cenderamata

 Sesi fotografi bersama PK Kokurikulum SMK Tinggi Bukit Mertajam serta pemenang


Laporan bergambar disediakan oleh:
PN. SURIANA BINTI MAT GHANI

No comments:

Post a Comment