Labels

Sunday, 21 January 2018

PROGRAM GOTONG- ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

Tarikh: 20/1/2018 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi – 11 pagi
Tempat: Semua Kelas SMK Tinggi Bukit Mertajam

PENGLIBATAN: Semua warga HSBM

URUSETIA:

Unit HEM SMK Tinggi Bukit Mertajam
Unit Kebersihan dan Keceriaan

OBJEKTIF/ TUJUAN:
1.      Membersihkan dan menceriakan kelas

2.      Meningkatkan tahap kebersihan kelas.
3.      Memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain untuk membersihkan dan menceriakan kelas.

Kertas edaran: 
1. Guru tingkatan akan memastikan 12 perkara yang telah dicatatkan dipamerkan dipapan kenyataan.
 

 AKTIVITI:
1.      Aktiviti gotong royong dimulakan dengan perhimpunan pagi. Semua guru dan pelajar berkumpul di padang sekolah.

2.      Guru tingkatan mengambil kedatangan pelajar.
3.      Taklimat diberikan oleh PK Hem dan seterusnya segolongan pelajar akan beredar ke kelas untuk menjalankan aktiviti gotong royong, segolongan yang lain akan mengendalikan papan kenyataan kelab/unit uniform dan lain-lain.
4.      Guru tingkatan akan mengagihkan tugas kepada semua pelajar yang berada dalam kelas untuk membersihkan dan menceriakan kelas masing-masing. Pelajar akan membersihkan tingkap, lantai, kipas, mencatkan kelas, balutkan meja, kemaskinikan papan kenyataan dan lain-lain.
5.      Semua guru dan pelajar akan berehat pada pukul 9.30 hingga 10 pagi.
6.      Aktiviti disambungkan selapas rehat sehingga jam 11 pagi. Pelajar dibenarkan balik ke rumah dan segolongan pelajar boleh memberi sekongan kepada pertandingan Softball peringkat kebangsaan di padang sekolah SMK Tinggi Bukit Mertajam.

TINDAKAN SUSULAN:
- Gotong royong dalam kelas boleh dijalankan pada bila-bila masa sepanjang tahun 2018.

Perhimpunan Pagi (Jam 7.30)

Gotong Royong di dalam kelas

Pelajar berkerjasama mengecat kelas


Pelajar membersihkan tingkap

Pelajar bekerjasama membalut meja

Guru tingkatan turut membantu pelajar



Pelajar menceriakan papan kenyataan

Mengemaskinikan papan kenyataan

Membersihkan dan menceriakan di Kompleks Pre-U


Membersihkan bilik Komputer
Laporan bergambar disediakan oleh: Pn. Tan Lay Hoon
 

No comments:

Post a Comment