Labels

Wednesday 7 March 2018

Majlis Penyerahan Keputusan STPM 2017



LAPORAN PENGEDARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2017
BIL
PERKARA
MAKLUMAT
1
Tajuk
Pengedaran Keputusan Peperiksaan STPM 2017
2
Objektif
Melahirkan semangat dan rasa bangga pelajar dan guru dengan pencapaian cemerlang calon STPM 2017
3
Matlamat
Menghargai dan meraikan kejayaan pelajar dalam STPM
4
Tarikh
6 Mac 2018
5
Tempat
Dewan Abdullah Badawi
6
Maklumat Program
Majlis bermula pada pukul 1.30 tengah hari.  Semua guru tingkatan mengambil fail keputusan STPM daripada Pn. Teh Meow Lee.
Majlis dimulai dengan ucapan daripada En. Juhari bin Ahmad, Pengetua SMK Tinggi Bukit Mertajam. Pengetua mengucapkan tahniah di atas peningkatan kualiti dalam pencapaian STPM tahun 2017. Seramai 13 orang pelajar mendapat 4A dan A-.  Manakala yang mendapat 3A dan A- adalah seramai 15 orang. 2A dan A- pula seramai 8 orang.
Manakala seramai 36 orang pelajar mendapat  PNGMP 3.50 dan ke atas. 
Pengetua seterusnya mengedarkan slip keputusan kepada pelajar cemerlang.  Di akhir majlis pengetua dan pentadbir yang lain bergambar bersama barisan pelajar cemerlang.
Pelajar-pelajar lain mendapatkan slip keputusan di kaunter kelas masing-masing.  Bekas pelajar diminta untuk mengisi borang pelajar serba boleh dan diserahkan kepada guru yang bertugas.


Penglibatan
Para Pentadbir dan semua guru Prauniversiti

Bilangan Guru Terlibat
50 orang guru

Tetamu kehormat
En. Juhari bin Ahmad

Tetamu Jemputan
Tiada
7
Rumusan


Kekuatan
Urusan pengedaran slip keputusan berjalan lancar kerana para pelajar telah disediakan tempat berhampiran kaunter kelas masing-masing.
Guru-guru telah diberi taklimat yang jelas tentang proses pengedaran slip tersebut.


Kelemahan
Urusan pengedaran slip keputusan tidak dapat diselesaikan kerana terdapat pelajar yang tidak hadir.
8
Pemantau Program
PK Tingkatan 6
 

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2017 telah di umumkan pada 6 Mac 2018

Seramai 203 calon telah menduduki STPM tahun lepas. Seramai 202 calon telah lulus sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran yang diambil dengan Peratus Lulus ialah 99.51%.

Catatan : Semakin besar nilai GPS semakin baik pencapaiannya.

Sebanyak 5 mata pelajaran menunjukkan peningkatan Purata Nilai Gred Mata Pelajaran (PNGMP) berbanding tahun 2016 iaitu Matematik-T, Biology, Bahasa Melayu, Sejarah dan Mathematics-M.

Seramai 13 orang pelajar yang mendapat semua Gred A (A dan A-) dan 2 orang pelajar yang mendapat semua A (PNGMP - 4.0) dalam peperiksaan tahun ini. 2 pelajar tersebut ialah:
1. ANG HUI EN (PAUUM)
2. YEOH MIN ROU (PAUPM)

 
Barisan pengacara majlis
Bacaan doa
Pelajar-pelajar STPM 2017

Pelajar Cemerlang STPM 2017- Yeoh Min Rou menerima slip keputusan peperiksaan daripada Tuan Pengetua
Pelajar Cemerlang STPM 2017- Ang Hui En menerima slip keputusan peperiksaan daripada Tuan Pengetua
Kegembiraan terpancar di wajah mereka

Penyerahan sijil dan majalah sekolah
 

Pelajar cemerlang STPM 2017 bergambar bersama barisan pentadbir dan guru tingkatan 6



Laporan bergambar disediakan oleh: 
Pn. Melati Bt. Sulaiman & Pn. Annie Wong Yun Fui
Video dan gambar oleh: Cik Norliza Dali































No comments:

Post a Comment