Labels

Friday, 9 March 2018

PROGRAM PENETAPAN TARGET PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS 2018


Program Penetapan Target Pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas 2018

Tarikh: 8 Mac 2018
Masa: 12.00 tengah hari - 3.00 petang

Tempat: Dewan Tingkatan 6


Objektif:
1.       Mengeratkan hubungan antara guru, waris dan pelajar dalam memupuk semangat kerjasama.
2.       Menyelami masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar semasa di rumah terutama pelajar lemah.
3.       Membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam STPM.
4.     Bertukar-tukar maklumat mengenai pengurusan akademik dengan waris pelajar.

Matlamat:

Program Penetapan Target ini merupakan salah satu inisiatif guru-guru dalam usaha untuk meningkatkan peratus pencapaian akademik pelajar dalam STPM. Program ini juga diharapkan dapat merapatkan hubungan antara warga SMK Tinggi Bukit Mertajam dengan waris pelajar-pelajar tingkatan enam.

Maklumat:
Program ini melibatkan semua guru, pelajar dan waris tingkatan enam 2018. Majlis bermula pada pukul 11.30 pagi di mana semua waris yang hadir perlu menandatangani kehadiran di kelas anak masing-masing. Pelajar yang mendapat NGMP kurang daripada 2.00 dikumpulkan di dewan untuk sesi kaunseling bersama dengan Kaunselor sekolah. Pelajar-pelajar lain berada bersama waris di kelas masing-masing. Semua guru-guru subjek berada bersama guru tingkatan di kelas masing-masing untuk sesi bertemu waris. Pencapaian pelajar didedahkan oleh guru-guru kepada waris. Pelajar yang lemah diberi motivasi di samping mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah pembelajaran mereka. Senarai kehadiran waris mengikut kelas adalah seperti berikut:
PAUM – 15/19
PAUKM – 10/23
PAUSM – 5/6
PAUPM – 5/5
PAUTM – 16/19
PAUIA – 8/10
PAUUM – 15/16
PAUTP – 18/19
PAUMS – 22/25
PAUMP – 19/26

Sesi bertemu waris berakhir pada pukul 2.35 petang. Ini menunjukkan keprihatinan waris terhadap pencapaian akademik anak-anak mereka.

Cik Gok Poh Suan memberi motivasi kepada waris dan pelajar.

Perjumpaan guru subjek dengan waris dan pelajar di kelas PAUTP



Perjumpaan guru subjek dengan waris dan pelajar di kelas PAUKM

Perjumpaan guru subjek dengan waris dan pelajar di kelas PAUMS

Perbincangan tentang peningkatan akademik anak pelajar

Laporan bergambar disediakan oleh:
Pn. Noor Erma Suria Binti Ab Rahman

No comments:

Post a Comment