Labels

Tuesday 1 May 2018

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER 2018

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER 2018

Tajuk: Lawatan Penanda Aras SMK Tinggi Bukit Mertajam ke Perpustakaan DMTK IPG Kent
           Tuaran Sabah
Tarikh: 30 April 2018
Tempat: Perpustakaan DMTK IPG Kent Tuaran Sabah
Penglibatan: Guru dan Pentadbir
Bilangan Guru Terlibat: 20 orang

Objektif:
1. Mendapatkan perkhidmatan rujukan perpustakaan secara manual dan digital daripada Perpustakaan DMTK IPG Kent
2. Meningkatkan usahasama akademik dan penyelidikan keguruan

Matlamat:
Program dimulakan dengan penerangan tentang IPG Kent.  Seterusnya ucapan daripada En. Juhari bin Ahmad, pengetua SMK Tinggi Bukit Mertajam. Selepas itu dikuti oleh upacara menangani surat hasrat oleh En. Juhari bin Ahmad dan En. Romli bin Darus (Pengarah IPG Kampus Kent) dengan disaksikan oleh Tn. Hj. Azhar Amanullah bin Hj. Ariffin  dan En. Harun bin Hj. Sarail. Upacara diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada En. Romli bin Darus oleh En. Juhari bin Ahmad. Program diakhiri dengan ucapan daripada En. Romli bin Darus.



Bergambar bersama Staf Perpustakaan DMTK IPG Kent

Bergambar di Bilik Mesyuarat Perpustakaan DMTK IPG Kent
Ucapan En. Juhari Bin Ahmad (Pengetua SMK Tinggi Bukit Mertajam)
Upacara menandatangani Surat Hasrat antara Perpustakaan DMTK IPG Kampus Kent dengan Perpustakaan SMK Tinggi Bukit Mertajam

Berakhirnya upacara menandatangani Surat Hasrat






















Penyampaian cenderahati kepada Pengarah IPG Kampus Kent (En. Romli Bin Darus)
Laporan bergambar disediakan oleh:
Pn. Melati Binti Sulaiman


 

No comments:

Post a Comment