Labels

Wednesday 2 May 2018

LAWATAN PENANDA ARAS KE SABAH 2018 (LDP)


Tarikh: 29 & 30 April, 1 Mei 2018
Tempat: Negeri Sabah

Objektif: 
i. Merapatkan hubungan antara rakan sekerja.
ii. Memupuk semangat kerjasama antara rakan sekerja.
iii. Memupuk nilai menghargai dan mencintai alam sekitar.
iv. Mendapatkan perkhidmatan rujukan perpustakaan secara manual dan digital daripada Perpustakaan DMTK IPG Kent.
v. Meningkatkan usaha sama akademik dan penyelidikan keguruan.

Matlamat:
i. Melaksanakan salah satu aktiviti dalam latihan dalam perkhidmatan
ii. Mewujudkan hubungan pintar di antara  SMK Tinggi Bukit Mertajam dengan Perpustakaan DMTK IPG Kampus Kent.


Maklumat Program:
Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti latihan dalam perkhidmatan. Lawatan ini berlangsung selama tiga hari.  Pada hari pertama, sebahagian daripada guru pergi ke Pulau Manukan.  Manakala sebahagian lagi pergi membeli belah ke pasar Filipin.  Pada hari kedua, lawatan ke IPG Kent Tuaran Sabah dan bermalam di Kem Bina Negara Kundasang.  Pada hari ketiga, sebelum bertolak pulang, guru-guru sekali lagi membeli belah di pasar Filipin.


Bilangan Guru Terlibat: 21 orang

GAMBAR 3 HARI BERADA DI SABAH

Tiba di Sabah
Membeli belah di Pasar Filipin
Bergambar di Pulau Manukan

Bergambar di Desa Dairy Farm
Upacara menandatangi Surat Hasrat oleh En Juhari Bin Ahmad dan En. Romli Bin Darus di IPG Kent
Bergambar di Kem Bina Negara Kundasang

Penyampaian cenderahati kepada pegawai BTN
Bergambar di Kinabalu Park


Laporan bergambar disediakan oleh:
Pn. Melati Binti Sulaiman



No comments:

Post a Comment