Labels

Saturday, 12 May 2018

LAPORAN ORIENTASI TINGKATAN ENAM RENDAH 2018


PENGENALAN
Program Orientasi Pelajar Tingkatan Enam Bawah merupakan satu program yang diadakan setiap tahun.  Program ini adalah anjuran Pengurusan Tingkatan Enam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Persatuan Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam.  Pada tahun ini, program ini sepatutnya berlangsung selama enam hari iaitu dari 2 Mei hingga 10 Mei 2018 tetapi disebabkan oleh cuti umum maka program hanya berlangsung selama empat hari sahaja.   Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar yang baru memasuki tingkatan 6 tentang perlunya memahami pakej pembelajaran yang akan dilalui dan menyedarkan bahawa tingkatan 6 adalah salah satu  proses hala tuju pelajar ke universiti.  Antara program yang telah dijalankan ialah sesi pendaftaran pelajar baharu dan ucapan daripada pihak pentadbir .  Terdapat juga taklimat-taklimat yang disampaikan oleh Ketua-ketua Unit Tingkatan Enam iaitu taklimat kurikulum, taklimat HEM dan taklimat Kokurikulum.   Selain itu, taklimat juga disampaikan oleh guru-guru yang terlibat iaitu taklimat berkenaan mata pelajaran,.disiplin,  kerja kursus, tukar jurusan, dan peperiksaan.  Selain daripada itu,  terdapat juga ice-breaking, hala tuju pendidikan pra-u dan soal selidik minat inventori aliran sains yang telah dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti yang tidak dapat dijalankan ialah aktiviti beriadah  di Bukit DO, aktiviti bersama Majlis Pelajar Tingkatan Enam dan taklimat iaitu taklimat biasiswa, koperasi, asrama serta taklimat pusat sumber. Pemilihan pakej juga telah dilakukan  semasa program berlangsung dan telah berjalan dengan lancar.  Pelajar diberi masa untuk membuat pemilihan pakej.  Terdapat lapan pakej yang ditawarkan iaitu dua pakej dari aliran sains dan enam pakej  bagi aliran sains sosial.


OBJEKTIF
a)      Memberi pendedahan mengenai budaya sekolah
b)      Memberi keyakinan dan semangat pelajar untuk terus belajar
c)      Pengenalan subjek STPM dan pakej yang ditawarkan
d)     Membina sikap positif para pelajar ke arah transformasi pendidikan tingkatan 6



MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah mengenali budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta melahirkan individu yang berdisiplin, bekerjasama, mempunyai daya kepimpinan dan berkeyakinan diri serta bertanggungjawab kepada rakan sebaya, guru-guru dan sekolah.  

2/5/2018(Rabu)







Pendaftaran pelajar baru di Dewan Abdullah Badawi SMKTBM








Ucapan PK Tingkatan 6
Taklimat Kokurikulum
3/5/2018 (Khamis)

Ucapan PK Pentadbiran

Taklimat Kurikulum

Ice- Breaking dan Hala Tuju Pendidikan Pra-U


4/5/2018 (Jumaat)

Taklimat Pengajian Am

Taklimat MUET







7/5/2018 (Isnin)
Perhimpunan Rasmi Pengurusan Tingkatan 6

Pendaftaran Ko-kurikulum

Taklimat Mata Pelajaran












Laporan bergambar disediakan oleh:
Pn. Annie Wong
Pn. Melati Sulaiman
Pn. Aida Maswani
Cik Norliza Dali

No comments:

Post a Comment